Pages

Monday, August 25, 2014

mari belajar bahasa Jepun

Sebenarnya bukan aku nak ajar bahasa jepun pun..hehehe..saja je buat tajuk gempak-gempak..untuk kelas jepun ni ada assignment..bak kata sensei "the first and also the last"..sebelum-sebelum ni ada shukudai (homework)..tu pun untuk yang join kelas katakana dan hiragana..kiranya yang kelas utama memang takde homework..

untuk makluman, aku ada belajar bahasa Jepun kat fakulti MJIIT..kelas ni khas untuk Postgraduate...kenapa khas? sebabnya untuk undergraduate, dorang memang ada kelas bahasa jepun yang masuk dalam silibus..(ye kot)..hahahaha...sebelum ni, kitorang postgraduate ada jugak tertanya-tanya kenapa kitorang tak belajar bahasa jepun ni..belajar kat MJIIT..nak jugak belajar kan..tapi, takpelah mungkin sebab takde siapa yang nak ajar..yela, kitorang faham (ayat sedih)..secara logiknya, pelajar research memang takde subjek yang perlu diambil kecuali subjek wajib universiti..kiranya untuk kelas Jepun ni terpulang pada masing-masing nak join atau tak..tapi disebabkan aku dah dua kali ke Jepun, rasa ingin belajar tu sangat tinggi..wahh, gitu ayatnya..hahaha..apa salahnya kan aku belajar bahasa ketiga..eh bahasa keempat..yang pertama bahasa melayu (ni pun kena belajar tau..kalau tak karangan tak dapat A), yang kedua bahasa inggeris (bahasa yang perlu belajar untuk survive dan zaman sekarang ni menjadi sangat penting), yang ketiga bahasa arab (rasa macam kena refresh balik..bahasa al-quran ni..pentinggg!!) dan keempat ialah bahasa jepun (baru je belajar..dan sedang belajar)...tak rugi pun kita belajar..menambahkan lagi language skills..walaupun aku tak tahu level mana aku berada..takde level langsung kot...bila cakap sikit, then orang lain reply banyak dan laju, terus nganga..hahahahha...

by the way, thank you to Hasparina Sensei sebab sudi ajar kami bahasa Jepun..ilmu yang sangat berharga..tak ternilai rasanya..sorry sensei kalau saya ni slow sikit..manjang lupa je...hehehe..bila baca katakan dan hiragana still lagi kena tengok jadual..kena tulis dulu baru boleh detect word apa..tapi takpe saya akan terus belajar dan belajar..weeee....

kat bawah ni aku letak assignment yang aku buat..sesiapa yang terer bahasa jepun tu, baca je..senyum sikit je..walau hati ada geli-geli bila membacanya...hahahaha...saya kan budak baru belajar..buat sendiri ni tau..tapi masih tengok nota la..tengok jadual..hehe..



ハスパリせんせい、
こんいちは。
おげんきですか。
わたしはイズヤニルヤニモハマドヤズィドです。
わたしはバハウにすんでいます。
わたしのいえはリンクハウスです。
かぞくと4にんですんでいます。
わたしのいえはあたらしいそひてひろい。
へやがみっつあります。おふろもあります。
トイレもふたつあります。ベッドもみっつあります。
テレビもふたつあります。エアコンもみっつあります。
しかし、ラジオはありません。
やすみにあそびにきてください。

イズヤン。


ni konon-konon email aku jemput sensei datang rumah..aku ceritalah rumah aku ada apa..kagum tak? kagum tak? hahaha..kalau salah, minta maaf ye..biasa orang kata ni tahap beginner..aku ni tahap sebelum beginner lagi..takde kan tahap tu? itula tahap aku..memang takde tahap apapun..huhu..

ありがとございます

Thursday, August 21, 2014

#MH17 #Malaysiaberkabung

MH17..masih segar dalam ingatan kita semua tentang tragedi menyayat hati yang berlaku melibatkan pesawat MAS pada 10 ramadhan terakhir yang lalu..kita semua terkejut dengan insiden ini..kita masih lagi bersedih dengan kejadian ini..




 Alhamdulillah, dengan berkat doa yang tidak putus-putus dari semua terutamanya daripada rakyat Malaysia sendiri, akhirnya tanggal 22/08/2014 menjadi tarikh bersejarah apabila jenazah mangsa tragedi MH17 dibawa pulang ke tanah air..dimaklumkan, seramai 20 jenazah yang terdiri daripada 11 orang islam dan 9 bukan islam dibawa pulang..jenazah-jenazah ini akan disambut dengan penuh istiadat penghormatan..




22/08/2014 juga telah diumumkan sebagai Hari Berkabung Malaysia..beberapa peraturan telah dibuat, iaitu:
  1. Semua acara berunsur hiburan juga perlu ditangguhkan pada hari berkenaan
  2. Turut ditetapkan tata cara pakaian berwarna suram, terutama bagi petugas yang terlibat dengan istiadat perkabungan
  3. Pakaian bagi petugas lelaki beragama Islam digalakkan memakai songkok, tanpa lilitan warna putih manakala wanita perlu memakai selendang hitam
  4. Pada hari berkenaan juga, rancangan hiburan pada semua saluran radio dan televisyen ditangguhkan dan Ia diganti dengan bacaan al-quran dan program berunsur keagamaan
kalau ikut kehendak hati, aku nak juga pegi ke KLIA esok untuk sama-sama menyambut ketibaan jenazah..tapi takpela..cukup dengan doa dan ingatan buat mereka..buat keluarga mangsa, moga anda semua diberikan kekuatan dan ketabahan untuk hadapi semua ini..mereka telah 'pulang' ke tanah air..kita sambut mereka dengan sebaiknya..seperti yang biasa kita dengar bila pulang ke Malaysia.."to all Malaysian, welcome home"..this is our symbolic..


Wednesday, August 13, 2014

Jangan Menyerah!!

Tak ada manusia
Yang terlahir sempurna
Jangan kau sesali
Segala yang telah terjadi

Kita pasti pernah
Dapatkan cubaan yang berat
Seakan hidup ini
Tak ada ertinya lagi

Syukuri apa yang ada
Hidup adalah anugerah
Tetap jalani hidup ini
Melakukan yang terbaik

Tuhan pasti kan menunjukkan
Kebesaran dan kuasanya
Bagi hambanya yang sabar
Dan tak kenal putus asa

Jangan menyerah...

By D'Masiv

Lagu ni dengar dalam kereta on the way balik dari Festival City, Setapak...sebenarnya dah beberapa kali jugak dengar lagu ni..tapi tiba-tiba hari ni terlebih menghayati lirik yang ada..terasa diri ini kena dengan lirik yang dimelodikan..

dalam hidup kita ni ada pasang surutnya..kejap di atas kejap di bawah..kadang-kadang ada masanya kita berada di tengah-tengah..keadaan di mana kita buntu untuk ke arah mana untuk dituju..kita rasa sempit, dihimpit dan tersepit dengan perkara yang datang dari pelbagai penjuru..kita akan rasa sendirian..kita rasa kosong..kita rasa tiada sesiapa dikeliling kita..kita hanya dengan dunia kita..di tengah-tengah bulatan yang kita terperangkap di dalamnya..sesak, lelah, penat dan lemah semuanya bersatu..adakalanya kita cuba untuk pecahkan bulatan itu..tapi bila kita hanya sendiri di dalamnya, kita rasa tidak mampu untuk keluar darinya, kita putus asa dan akhirnya kita tersungkur lagi..maka kekal lah kita di dalam bulatan itu..

JANGAN MENYERAH!!..tarik nafas dalam-dalam..pejam mata..buka minda..lapangkan dada..penyelesaian pasti ada..teruskan mencuba..hadapi segala perkara dengan positif..minta dariNya..mohon dariNya..

memang bukan senang untuk kita keluar dari bulatan itu..tapi kita jangan menyerah..pecahkan dan keluar dari bulatan..insyaAllah kita tidak sendirian..teruskan berusaha dan berjuang..inilah kehidupan..

p/s: percayalah ia bukan senang..tapi saya harus terus mencuba dan melaksanakannya..

Friday, June 27, 2014

Jenesys 2.0 Programme ~ episode 7

Hari ketujuh (26 May)

Basically, hari ke 7 ialah hari terakhir untuk Jenesys Program ni..kami bertolak dari Minakami pada pukul 9 pagi dan gerak terus ke Tokyo untuk workshop presentation dan juga closing ceremony..acara penutup diadakan di Apa Hotel & Resort, Tokyo Bay Makuhari kat Chiba..tempat yang sama jugak kitorang bermalam untuk malam terakhir di Jepun..hotel ni dekat dengan Narita Airport..untuk workshop presentation, aku present depan wakil embassy setiap negara yang terlibat, Malaysia, Laos, Philippines dan India..present apa yang kita dapat dari program ni dan apa yang kita perlu buat setelah balik ke negara masing-masing..nervous habislah..hahaha..

dengan coordinator untuk group D dan E..ada lagi yang tak sempat nak ambil gambar..apapun mereka adalah terbaik..

Hari kelapan (27 May)

Hari ke 8 memang betul hari terakhir..hari yang kami akan balik ke Malaysia..sedih pulak rasanya nak berpisah..daripada program ni, aku dapat jumpa kawan-kawan baru, pengalaman baru..sangat-sangat merindui mereka semua...kami check out dari hotel, bawa beg semua..rasa tak nak balikkkk...bersalam-salaman dengan semua orang especially dengan coordinator semua..kami bergerak ke airport pada pukul 8 pagi..flight balik Malaysia pukul 11.20 pagi..

sekian pengembaraan kali kedua ke Jepun..satu pengalaman yang sangat bemakna dalam hidup aku..program yang sangat best, orang-orang yang best dan negara yang best..terima kasih kepada Mamiko-san (orang MJIIT) sebab bagi peluang ni..terima kasih pada pihak JICE (Japan International Coorporation Center) sebab mengadakan program yang sangat bagus dalam usaha membantu negara-negara sekitar Asia mengenali Jepun..usaha yang sangat murni..terima kasih tidak terhingga pada semua coordinator sebab sabar melayan kerenah kami, sabar menjaga kami sepanjang kami berada di Jepun..kami akan merindui anda..

until we meet again Japan..mata ne...



Jenesys 2.0 Programme ~ episode 6

Hari kelima (24 May)

Untuk hari ke 5 ni, sepanjang hari kami semua duduk dengan keluarga angkat masing-masing..setiap keluarga akan ada aktiviti tersendiri..sebelum tu, untuk malam first (23 May) kitorang stay kat umah okaasan, memang dah rasa best..jap, korang tau tak okaasan tu apa? hahaha..okaasan tu dalam bahasa melayu nye emak..dah kata pegi jepun, tu yg kitorang panggil okaasan..untuk makluman okaasan kitorang ni single mother..ada sorang anak laki, menantu dan 2 orang cucu..kiranya kitorang ada ani-san (abang), giri no ani-san (kakak ipar), oikko (anak buah lelaki) dan meeko (anak buah perempuan)..tapi dorang semua kat Saitama, Tokyo..sebab tu okaasan tinggal sorang..umah okaasan sangat sejuk terutamanya bila malam..kawasan rumah tu pun memang sejuk sebab atas bukit..keadaannnya macam kat Cameron Highland..even dah nak masuk summer pun still sejuk lagi..apatah lagi time winter..wahhh...malam first tu kitorang just borak-borak biasa sebab masing-masing dah penat..rasa nak tido je..okaasan bagitau yang dia tido pukul 10 malam..dia dah siap pesan kat kitorang untuk bangun breakfast pukul 7.30 pagi..masa taklimat petang tu, coordinator ada bagitau yang malam tu, dorang akan call setiap rumah untuk tanya keadaan kami semua..dan esok paginya dorang akan melawat mana-mana rumah yang terpilih, yang dorang suka..

yang call umah kitorang ialah Shoji-san..mula-mula dia cakap dengan Siow..sebab Siow yang pegang handphone yang dorang bekalkan (in case ada emergency, boleh guna handphone ni untuk call dorang)..tiba-tiba Shoji-san nak cakap dengan aku..hehe..dia tanya aku okey ke tak duduk kat umah tu..selesa ke tak..aku cakap semuanya ok..rupanya dia kata, okaasan ada bagitau dia yang okaasan suka tengok aku makan banyak masakan yang okaasan masak..haruslah kan..makan kot..hahaha..

esok paginya (24 May), bangun pagi-pagi okaasan dah siap buat breakfast..makan lagi..sambil makan tu, okaasan bagitau aktiviti-aktiviti yang kitorang akan buat..antara aktiviti yang kitorang buat ialah, jalan-jalan keliling kampung (jalan kaki dan naik keta), main uno card (comel kan okaasan main uno), mask painting (okaasan adalah cikgu melukis), buat jem dan shopping..haha..part shopping sangat kelakar..sebabnya bukan kitorang yang shopping tapi okaasan yang nak beli barang dapur..beli sayur bagai untuk masak..hahahaha..apapun aku tetap tolak troli ok..

kawasan kampung okaasan..cantikkan?
umah okaasan dari tepi..very tradisional dan besar..tapi toilet very the canggih..ada sensor lagi..
keta okaasan..keta ni yang bawa kami jalan-jalan..
okaasan jalan pun nak amik gambar..hahahaha
ni amik gambar dari depan pulak..fashionable tak okaasan kami? hehehe...ada scarf di leher ok..
bila tengok ni, korang ingat apa? macam dalam cerita kungfu panda kan? ada buluh-buluh
kat taman yang cantik..okaasan bawa jalan-jalan
dah macam melawat tapak je aku tengok..hahaha
peralatan untuk mewarna topeng

inilh hasilnya..berseni jugak aku ni kan?

memasak jem..bergambar itu perlu ye sebagai bahan bukti..
kami bergambar sewaktu coordinator datang melawat rumah kami..oh ya, kiranya keluarga kamilah yang terpilih untuk dilawati..hehehe..
"yeehaaa..indahnya kampung saya ni..bestnya duduk kat sini"
adik-adik aku kalau bergambar, inilah jadinya..
breakfast kami dihari terakhir..sebelum meninggalkan rumah okaasan..huaa, sedihnya...
okaasan, i miss you..okaasan masak sedap..2 malam tido kat umah okaasan, berat naik 2kg!!
bergambar depan umah sebelum tinggalkan umah..
Hari keenam (25 May)
 
setelah 2 malam bersama keluarga angkat, tibalah masa untuk berpisah..part yang sangat menyedihkan..walaupun baru 2 malam tinggal bersama, tapi layanan okaasan pada kitorang sangat meninggalkan kesan..masa okaasan nak tinggalkan kitorang, aku memang dah banjir la..bukan aku sorang je yang banjir, semua orang pun..mereka sangat baik...masa farewell party ni, sekali lagi group D dan E diminta untuk buat persembahan..lagu biasalah kan..hahaha..im4uuuu..sungguh-sungguh nyanyi depan okaasan..macam budak tadika buat persembahan..semangat aku nyanyi..kahkahkah..okaasan siap tunjuk best!!!..

watashi no kazuko..kami di majlis perpisahan..
tengok!! okaasan buat persembahan..
okaasan..i miss u
tengok lagi!! aku buat persembahan..kami nyanyi
says Minakamiiiii....semua mulut miiiiii

lepas farewell party dan dah babai babai dengan keluarga angkat, kembali semula kepada aktiviti wajib..kembali pada group masing-masing..ada workshop untuk discuss apa yang para peserta dapat dari program Jenesys ni..dari 1 group besar (group D), dipecahkan kepada 3 group kecil..setiap group akan bentangkan pendapat masing-masing...then dalam group yang besar (group D) akan discuss lagi perkara apa yang nak dibentangkan dalam upacara penutup pada hari terakhir..dan aku telah dipilih oleh coordinator mewakili group D untuk present..*tiba-tiba nervous*..hahahaha...

saya wakil dari group kecik...sila dengar ye adik-adik..hahaha...
"before we come to Japan, we have thought that....bla bla bla"...cakap dengan laju sebab tak sabar nak pegi shopping..hahaha

malam tu kitorang masih stay di Minakami..kami bermalam di Familio-Niharu Hotel..esok paginya baru gerak ke Tokyo..sebelum tido kena siapkan slide untuk presentation kat Tokyo..adehhh..

sayounara okaasan...

-->next

Jenesys 2.0 Programme ~ episode 5

Hai kawan-kawan..

tersangatlah nak minta maaf sebab tak update cerita tentang Jenesys ni..sekarang tengah sibuk dengan research..duk buat experiment..dengan data yang tak menjadi..haisshhhh...anyway malam ni macam ada kelapangan sikit dan malas nak fikir pasal research..aku akan cuba menghabiskan cerita tentang Jenesys ni sehingga hari terakhir kami di Jepun..

walaupun program ni dah lama berlalu, namun ingatan dan memori masih tersemat rapi dalam kepala..setiap perkara yang berlaku masih terbayang-bayang dimata..

hari keempat (23 May)

scheduled for day-4
untuk hari keempat ni, kami pergi melawat ke School of Science and Technology, Gunma University..berjumpa dengan beberapa orang pelajar Malaysia dan juga negara lain, Korea dan Thailand yang study kat university tu..kami dibawa melawat ke makmal-makmal yang terpilih yang berkaitan dengan science dan engineering..setelah habis membuat lawatan, tibalah waktu yang ditunggu-tunggu..jeng jeng jeng...hahaha..kami kena buat persembahan kat depan student-student tadi..untuk group D, macam yang aku cerita sebelum ni..kami akan nyanyi lagu im4u..group E akan buat persembahan nyanyian jugak..tapi dorang nyanyi lagu rasa sayang..siap dengan pantun-pantun u ollss...

sebahagian pelajar yang belajar kat Gunma University
sesi lawatan ke makmal..hayashi-san sedang mentranslatekan ayat Jepun ke English..
khusyuk nye la aku mendengar..hahahahha
baru nak mula nyanyi..
tengah nyanyi..im4u..im4uu..im4uuu...
gambar kenangan..says Gunmaaaa!!! tu yang mulut ternganga...hahaha
dari Gunma University, kami pergi lunch dan gerak ke Minakami Town untuk sesi serahan keluarga angkat..sampai kat Tsukiyono Nousonkaizen Center (macam dewan), semua keluarga angkat dah pun tunggu kitorang..firt word yang aku dengar bila aku turun dari bas ialah "kawaii"..depa kata kami comel...muahahaha...kembang abis la...
aku lupa nama kakak ni..dia coordinator untuk group E..tapi aku panggil dia kakak cantik..hehehe..kakak ni duk bagi penerangan dalam bahasa jepun kat family angkat..
sebahagian daripada otoosan dan okaasan..
adik-adik aku ni kalau disuruh bergambar..ni la jadinya..dari depan: diba, siow dan beekee..yang ambil gambar ni adalah aku..
inilah okaasan kami..rindu kat okaasan..
setelah selesai sesi perkenalan, kami pun gerak ke rumah masing-masing..secara rasminya kami diserahkan kepada keluarga angkat..bermulalah kehidupan kami selama 2 malam sebagai anak Jepun..haha..

-->next

Sunday, June 15, 2014

Jenesys 2.0 Programme ~ episode 4

hari ketiga (22 May)
scheduled for day-3
seperti biasa, dimulakan dengan body temperature check dan breakfast..apa yang kita semua dah sedia maklum, masyarakat Jepun terkenal dengan punctuality mereka..ketepatan masa adalah sangat penting..jadinya sepanjang program kita kena sentiasa mengikut masa yang ditetapkan..kenalah jaga nama baik negara ye tak...sepanjang kat sana, mereka memang panggil nama negara..macam group kami, Malaysia D..haaa, nampak di situ..nama negara ok..bukan nama bunga atau nama pendekar Hang Tuah, Hang Jebat..ibarat duta kecil negara yang perlu menjaga maruah negara bila berada di luar negara..

untuk hari ketiga ni, kami akan melawat ke Kiryu City Hall kat bandar Kiryu..kiranya ni macam pejabat kerajaan..sampai je kat situ kami disambut dengan meriah..biasanya bas untuk group kami (group D) yang akan sampai dulu dari bas group E..depa semua dah siap diri kiri kanan kat pintu masuk utama dengan bertepuk tangan menyambut ketibaan kami..rasa sangat dihargai..giler ahh sambutan dorang..tak perlu bunga manggar atau kompang..cukup dengan mereka berdiri dan bertepuk tangan kita, dah rasa sangat-sangat happy..sampai tak sempat aku nak ambil gambar dek kerana terlalu hepi..hahahaha..even masa kitorang buat tour kat tempat tu, bila kitorang lalu je automatically depa akan bangun dari tempat duduk dan ucap selamat sejahtera..budaya ni yang kita perlu pupuk dikalangan masyarakat Malaysia..tak kiralah kat mana dan sesiapa saja..kat bangunan kerajann, kat universiti, kat sekolah...budaya yang perlu dicontohi..cara bagaimana mereka menghormati dan melayan tetamu..tak terungkap dengan kata..mereka sangat-sangat menghormati tetamu..cara mereka melayan pelanggan..kalau kat sini apa yang kita pernah nampak dan alami berlainan sama sekali..bila tetamu atau pelanggan datang, secara tiba-tiba, semuanya sibuk belaka..ada yang sibuk nak jawab phone, ada yang sibuk nak fotostat.erkkk..aduiiyyaaiii..lagi satu, kat Jepun ni, bangunan mereka di bahagikan mengikut level..contohnya level 1 untuk admin, level 2 untuk acdemic..contoh ok..dalam satu level tu, takde bilik-bilik macam kebanyakan bangunan kerajaan kat Malaysia ni..semua orang akan duduk dalam group masing-masing tapi takde cubicle atau partition..jadinya senang untuk mereka berinteraksi atau berkomunikasi antara satu sama lain..tapi depa tak bersembang kosong ye waktu kerja..hahaha..amacam, boleh kita buat? insyaAllah kita boleh..cuba perlahan-lahan...
yokoso!!
dapat buku..oo yeahh
depa duk bincang apa pun aku tak tahu..
ada gaya tak? hahahah
tempat pertanyaan customer
mascot of Kiryu..his name is Gunma-chan!!
cakkk!! haha
sebelum berpisah mestilah kena amik gambar dulu...

setelah habis melawat, kami bergerak ke tempat seterusnya..Tsuchida Industries (dyehouse)..belajar macam mana nak men dye baju..hahaha..

cantik tak? kain-kain perca yang diisi dalam botol dan dibuat hiasan..
kami duk beli tshirt..depa bagi diskaun..biasa harga sehelai tshirt 1400 yen, depa jual kat kami hanya 300 yen..

then kitorang pegi lunch..makan sushi dengan udon mee..masa lunch ni kami diberitahu oleh tuan kedai yang kami boleh cuba untuk memakai kimono..weeee..bestnyaa..tapi untuk group D kami akan gerak ke Textile museum terlebih dahulu..group E yang akan pakai kimono dulu..yela kimono tu bukannya cukup untuk sorang satu..kenalah gilir-gilir..jadinya after lunch kitorang gerak terus ke Textile museum..duk tengok alat-alat tradisional untuk menenun kain..lupa pulak, kat Kiryu ni terkenal dengan textile..
kakak ni duk bagi penerangan
budak-budak pun dah dibawa ke tempat-tempat macam ni..fuhhh
cara-cara mewarna baju..tradisional sungguhhh..
ni kedai souvenir..spot shoji-san disitu..
duk gelak-gelak jela..
setelah selesai sesi lawatan, kami pun gerak ke tempat lunch yang tadi untuk memakai kimono..hahaha..tapi sebelum tu kitorang berpeluang untuk naik bas kecik yang hanya menggunakan bateri untuk bergerak..ini adalah salah satu lagi tarikan pelancong kat Kiryu City ni..

bas kecik ada 3 warna: kuning, pink dan biru..
aku naik bas kaler pink..makanya takdela gambar aku dalam bas..yang ada bas belakang kaler biru..
dan bas depan kaler kuning
ehem..ehem...gadis jepun mana ni? hahahaha
sebelum pulang haruslah bergambar depan bas..
sempat aku bergambar dengan makcik ni..
abis melawat kitorang pun gerak balik ke hotel..dinner then ada sedikit taklimat mengenai homestay..kami dipecahkan mengikut keluarga masing-masing..still ahli group yang sama..dalam group aku ada aku, siow, diba dan beekee..takpe-takpe nanti aku citer lagi pasal homestay..malam tu kami ada prektis untuk persembahan yang akan kami buat kat Gunma University..kami sepakat memilih lagu IM4U..hahaha..senang kan..weyy jadi lead singer tu...kikiki...im4u..im4u..
im4uuuuuu....

--> berapa banyak next daa...